Ahad, 14 Ogos 2011

. Tengah Malam .



tengah malam ,
melayan perasaan dalam kesunyian ,
aku termenung terbaring diam ,
lagu mendayu menjadi teman ,
fikir memori yang sangat mendalam ,
teringat detik manis bersama kau sang pujaan ,
mengeluh meratap harap ia tak terpadam ..

tengah malam,
aku tersenyum bersendirian ,
wajah kau berlegar di fikiran ,
lengkap sempurna semua gambaran ,
waktu indah dahulu tanpa gangguan ..

tengah malam,
aku mula menangis mula merintih ,
aku tahan aku pendam segala peristiwa sedih ,
kau hanya masa lalu yang mula beralih ,
memilih berlalu pergi tanpa sebarang dalih ,
dan tinggalkan aku buat aku perih ..

tengah malam,
aku berharap masih ada esok pagi ,
berharap aku mampu menghadap sinar mentari ,
berharap ada lagi ruang untuk cinta di hati ,
berharap aku mampu lagi rasa bahagia di kemudian hari ..

tengah malam,
penat seharian  namun tak aku rasakan ,
terbuai-buai sepi sehingga mata terpejam ,
merehatkan minda merehatkan perasaan ..

akan ku tunggu datang mu lagi , wahai "tengah malam" ..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan