aku tahu aku tak mampu teruskan lagi ,
teruskan sisa derita yang kau tinggalkan ,
dan kau perlu sedar aku bukan patung kau lagi ,
kau ranapkan percaya yang aku beri ,
kau hancurkan segala cinta yang aku ada ,
dan kini kau kata kau mahu kembali ?
kau fikir kau siapa ?
nak terus kawal permainkan hati aku lagi ..
cuba nak tikam jiwa aku yang memang tiada erti ,
kau bodohkan diri kau sendiri ,
cuba bermain dengan api ini ,
tak perlu datang kembali ,
rasa cinta ini dah lama mati ..
bukan sekadar retak , bukan sekadar hancur ,
kau lumatkan hati aku ,
kau pecahkan balang cinta aku ,
kau baling ke dinding ,
kau sepak kau pijak kau ludah ,
dan kini kau kata kau mahu cuba sekali lagi ?
kau fikir kau siapa ?
aku tak bodoh ,
aku takkan pertaruhkan jiwa ini lagi ,
tak perlu susah payah kau bertanya ,
adakah masih ada ruang di hati untuk kau ,
aku sudah muak sudah jelak ,
rasa mahu buang telinga butakan mata ..
kau fikir kau siapa ?
mahu bunuh jiwa aku lagi ?
kejam itu terlalu mulia untuk diberi pada kau ,
aku pasti aku yakin ,
satu hari kau sendiri akan terduduk menangis ,
menyesal mahu jilat kembali ludah yang kau beri ..
aku sudah lupa cara untuk senyum ,
aku sudah terbiasa dengan dunia dua muka ,
hipokrit kini nama kedua aku ,
dan kini kau kata kau mahu kembali ?
pergi mati aku tak perlukan kau lagi ..
ya ,
memang sayang ini sudah ada cacat celanya ..
sedey..
BalasPadamerm.. :(
BalasPadam*cuit bahu...
kesian cinta, sakitnya, bila tak diberi peluang lagi.. mana tahu, cinta dah betul betul nak berubah..lumrah, manusia tak terlepas buat salah.. kalau takat 2,3,4 kali.. adatla tu dalam bercinta.. bagilah peluang kalau hati masih mahu menyintai.....