Sabtu, 10 September 2011
. Dia , Saya dan Awak .
~ Kalau bukan sebab dia ,
mungkin sekarang saya dan awak bersama ,
melalui saat-saat bahagia ~
dulu dia dah tak nak saya
dia buang saya
dia burukkan saya
dia anggap saya seperti orang yang tak dikenalinya ..
merayu pada dia pun sudah
menangis untuk dia pun sudah
sakit perit seksa merana kerana dia pun sudah
akhirnya saya sendiri lelah tunduk dan pasrah ..
hancur mana pun hati saya sebab dia
saya akan mudah cair dengan kata-kata dia
mungkin kerana rasa sayang itu masih ada
terasa dunia derita seperti berhenti seketika
saya tetap membawa diri
merawat hati
menagih simpati
hari demi hari awak yang sudi menemani ..
awak buat saya senyum kembali
awak buat saya lupa apa terjadi
awak buat saya rindu setiap hari
awak hilangkan resah gundah di hati
tapi ,
dia muncul disaat saya bersenang-senangan
seolah-olah dia inginkan perhatian
mahukan belaian
memerlukan teman
padahal itu sekadar ketidakpuashatian
ternyata itu hanyalah nista dari dia ..
ini kerana dia tak boleh melihat saya dengan sesiapa
tak senang hati melihat saya bahagia
apa mungkin dia mahu saya kembali padanya ?
kerana saya yakin akan bersama dengan dia kembali ,
saya pinta pada awak untuk menjauh diri ..
saya minta awak lupakan sedetik rasa yang tercipta di hati
adakah itu ketidakadilan diri ? Ouhh , (T_T)
bila sedar saya dipergunakan
luputkanlah tetang dia dari hati dan ingatan
tiada dendam tiada kebencian
memanjatkan doa moga dipertemukan cinta sejati oleh Tuhan
saya melihat awak keseorangan
yang masih terluka dengan cerita lama
layakkah saya diberi peluang untuk kesekian ?
atau mungkin sekadar kawan biasa selamanya ..
~ Ego dia yang memang dah tak nak saya
tapi dia tak nak orang lain memiliki cinta saya juga ~
* kesudahan cerita saya tetap bukan bersama dia ..
bukan juga bersama awak =))
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
*cuit bahu... ada perkara saya bangga dengan anda.. chayo2!!
BalasPadamapakah ?
BalasPadam